ERA pascanormal atau melalui istilah bahasa Inggeris disebut sebagai Post Normal Times (PNT) manakala di dalam Bahasa Arab al-Fikru’l mustaqbaliy adalah istilah yang menggambarkan bahawa suatu keadaan dan transisi zaman yang penuh dengan ketidakpastian serta sukar diduga.
Istilah ini banyak dibincangkan dan didebatkan melalui pemikir-pemikir ulung dunia seperti Ziauddin Sardar (The Post-Normal Times Reader), Suhail Inayatullah (ASIA 2038: Ten Disruptions That Change Everything) dan juga disentuh oleh Francis Fukuyama (End of History).
Pemikiran dan debat isu era pascanormal ini boleh dikaitkan melalui pendekatan Islam dan Barat yang mana ia amat berkaitan dengan cabaran yang perlu dihadapi oleh umat manusia yang hidup pada ketika ini.
Era pascanormal boleh dikatakan berlaku pada ketika ini, era yang mana kita sedang hidup dan yang mana juga dikatakan sebagai era yang begitu getir dan sangat mencabar.
Oleh kerana itu, generasi yang ada pada hari ini adalah generasi ikut-ikutan dan hanya bertaklid dengan pendapat dan penemuan generasi terdahulu tanpa ada sebarang islah dan tajdid.
Walau hebat bagaimanapun generasi kini masih lagi tidak mampu mengulangi kehebatan dan kemampuan generasi terdahulu dan tidak akan lebih hebat dari generasi yang akan datang kerana sudah terang bahawasanya kita sedang hidup dalam era pascanormal.
Perkara ini juga boleh dikatakan segala yang normal telah berakhir dan kita sedang hidup dalam keadaan dan persekitaran yang tidak normal, walaupun kita cuba menormalisasikan perkara yang berlaku pada ketika ini sebagai norma baharu.
Sesungguhnya ia bukan norma baharu tetapi ia adalah suatu krisis, kerana kita tidak boleh sesekali menormalisasi krisis sebagai perkara dan keadaan yang normal.
Era yang kita diami pada masa kini adalah era penggantian, yang mana pegangan ortodoks dan konservatif kian pupus, sementara generasi baharu yang hebat masih belum lahir, sedangkan segala perkara yang berlaku amat sukar kita fahami akibat kekurangan ilmu akibat malas dan tidak mahu menggali ilmu.
Dalam era pascanormal, sesuatu fenomena yang tidak normal dianggap normal dan menjadi kebiasaan sebagaimana yang disebut di dalam buku yang bertajuk Zeitgeist, Memerdekakan Pemikiran Terpasung (Hisyam Basabah, 2021), banyak perkara yang tidak patut menjadi patut dan perkara yang patut menjadi tidak patut di dalam zaman ini. Kebenaran dianggap sebagai suatu yang asing manakala yang dusta dianggap sebagai suatu hal yang normal.
Kenyataan ini amat berkait rapat dengan zaman edan atau era pascanormal sebagaimana kini.
Melalui kajian yang dilakukan oleh Profesor Datuk Seri Zaleha Kamarudin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui wacananya yang bertajuk “Pelaksanaan Undang-Undang Syariah: Cabaran Masa Kini” dalam Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia pada 17 Oktober 2018, beliau menggariskan era pascanormal terdiri daripada tiga ciri utama iaitu penyusunan semula kuasa, perubahan yang mendadak dan ketidakpastian serta kecelaruan tingkah laku.
Ciri-ciri ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Ziauddin Sardar dan Suhail Innayatullah namun ditambah oleh Profesor Datuk Seri Zaleha dengan penyusunan semula kuasa.
Menurut beliau, penyusunan semula kuasa ini adalah sebagai tindak balas daripada perubahan struktur kepimpinan yang dahulunya dipelopori oleh sistem kekaisaran dan empayar namun berubah kepada sistem negara bangsa yang lebih bersifat etnosentrik secara ideanya.
Perubahan yang mendadak juga sebagai ciri era pascamoden ini pula ditakrifkan sebagai penggantian dengan cara gaya individualistik yang menekankan kecekapan dan keberkesanan yang membawa kepada bentuk hubungan interpersonal dan rootless.
Perkara ini pada akhirnya telah menatijahkan krisis nilai dalam masyarakat sehingga masyarakat semakin jauh daripada nilai yang sewajarnya menjadi pegangan sekali gus identiti yang menunjukkan bangsa atau agama mereka.
Era pascanormal ini perlu dihadapi dengan kesedaran yang mendalam melalui akal dan jiwa yang benar-benar bebas daripada kebobrokan.
Penyelesaian sebenar terhadap kerencaman persoalan peradaban dalam era pascanormal tidak dapat tidak harus kembali kepada akar umbi keinsanan sendiri iaitu dimensi moral dan etika yang mendalam.
Panggung pendidikan negara perlu dihias dengan pembudayaan ilmu yang benar-benar bebas daripada keterpurukan minda yang dimonopoli oleh mereka yang berkepentingan.
Sekolah dan universiti seharusnya tidak lagi menjadi ladang-ladang ternakan bagi menghasilkan tenaga kerja yang hanya bertaklid dan beriktikad membabi buta, sehingga hanya sekadar menjadi pemain-pemain yang hanya mengisi keperluan industri semata-mata, namun jauh lebih dari itu mampu menjadi ejen reformasi sistem yang selama ini memenjarakan kita dalam kemunduran akal dan jiwa.
Jabatan-jabatan kerajaan juga perlu berevolusi ke arah budaya kerja kelas pertama yang mana bukan sekadar menjadi silibus dalam Program-program Transformasi Minda semata-mata namun disuburkan melalui pengamalan dari hierarki teratas hingga terbawah.
Era pascanormal ini perlu diakhiri dengan segera kerana ia dilihat sebagai sebuah era yang penuh kebungkaman dan kelesuan.
Masyarakat perlu disuburkan degan budaya ilmu yang kritikal terhadap sesuatu isu dan bukan semata-mata membicarakan perkara-perkara titik bengik semata-mata namun lebih dari itu melibatkan isu-isu fundamental namun besar impaknya.
Budaya pemikiran kritis, analitikal, perbahasan dan wacana adalah kunci kepada kesedaran intelek yang seterusnya menghasilkan generasi yang penuh wibawa sehingga mampu menggegar seluruh ancala di marcapada ini.
Namun, hal ini tidak akan menjadi realiti sekiranya golongan ilmuan, agamawan dan kuasawan tidak mengambil tanggungjawab ini dengan penuh iltizam dan keinsafan.
**Hisyam Basabah adalah seorang penganalisis sosial, penulis dan calon Doktor Falsafah Sains Politik, UUM. Kini bertugas di Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Mon Oct 30 2023
Era pascanormal boleh dikatakan berlaku pada ketika ini, era yang mana kita sedang hidup dan yang mana juga dikatakan sebagai era yang begitu getir dan sangat mencabar. - Gambar hiasan
Pelatih KAPGA meninggal dunia dipercayai akibat strok haba
Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) di Ulu Kinta meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.
Penyokong Persija Jakarta merusuh selepas tewas kepada Selangor FC
Sebahagian penyokong Persija Jakarta merusuh selepas pasukan mereka tewas 0-1 kepada Selangor FC dalam aksi Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Pesta buku | Terjemah budaya membaca Malaysia?
Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian
Caj di bawah seliaan Majlis Daerah Besut itu dijangka meningkat daripada RM5 kepada RM20 bagi setiap seorang pelancong.
Festival Sukan Tarian: Wakil Malaysia bawa pulang dua emas, satu gangsa
Pasukan sukan tarian negara merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman.
Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.
Kereta langgar pagar Istana Besar
Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di Johor Bahru, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan raya yang licin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan raya yang licin.
Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air
Peniaga di Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alam mula menyimpan air bagi memastikan mempunyai bekalan mencukupi sepanjang tempoh gangguan air berlaku.
Gempa bumi dengan 6 magnitud landa Jepun
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Wilayah Ishikawa, Jepun awal pagi Isnin.
Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah
Atlet boling padang para wanita negara, Hasmunirah Maliki menyifatkan kejayaan muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan, baru-baru ini sebagai tuah.
[KOLUMNIS] Era pascanormal dan krisis kebejatan masyarakat
Era pascanormal ini perlu dihadapi dengan kesedaran yang mendalam melalui akal dan jiwa yang benar-benar bebas daripada kebobrokan.
[KOLUMNIS] Potensi peranan strategik Pusat Pemberian Vaksin di Institusi Pengajian Tinggi
Selain menjadikan PPV di IPT sebagai pusat pengagihan vaksin, peranan strategik pusat ini juga boleh dikembangkan melalui pemberian nilai tambah khususnya melalui usaha penyelidikan.
Ketelitian dan kebijaksanaan dalam melantik Naib Canselor IPTA
Universiti perlu menjadi suri tauladan dengan memberi contoh yang baik. Ia dapat dimulakan dengan pelantikan Naib Canselor yang dilakukan secara terbuka dan profesional.
Dominasi dan eksploitasi Zionis terhadap dunia
Pihak yang menguasai modal seterusnya ekonomi mempunyai kuasa dan kemampuan menekan pihak lain yang tidak mempunyai modal dan kuasa ekonomi.
Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara
Mizukara, nilai sepunya Melayu yang kini signifikan terhadap masyarakat Jepun
Hamka juga ada menyatakan tentang -international minded- yang sangat perlu sebagai cara dan kaedah untuk bergaul di peringkat antarabangsa.
Sampai bila mahu tunjuk lagak tapi berjiwa hamba?
Sudah cukup rasanya berlagak 'orang putih' kerana ia hanya merugikan diri sendiri dan generasi yang akan mewarisi bumi bertuah ini.
Rodrigo Duterte menghambat ego Amerika Syarikat
Dunia menanti, apakah akan ada kenyataan mahupun tindakan yang dianggap 'gila' dari pemimpin 'Maharlika' ini.
Negara kuasa veto dalam struktur antarabangsa sudah tidak relevan
Negara kuasa besar mempunyai peranan yang cukup penting di dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa.
Perang teknologi Amerika Syarikat-China, Malaysia bagaimana?
Situasi kini amat berbeza kerana dilema keselamatan Amerika Syarikat itu sendiri.